Sunday, December 19, 2010

KOLEKSI BAG TERBARU

Alhamdulillah, dlm masa satu minggu saya dpt siapkan beberapa bag......

Small bag ni utk mak saya. Mak minta buatkan zip kat bgn luarnya. Saya buatkan bunga RE simple je utk nampak lebih menarik.











Tote handbag....




Bag utk telekung, dah lama dok simpan.... lastly siap juga..











Small bag dihiasi dengan renda.....


Sunday, December 12, 2010

PENCIL CASE

Pencil case ni saya buat utk anak saudara saya yg akan memasuki darjah satu tahun baru ni. Utk dapatkan tutorial buat pencil case ni, boleh klik di sini.



Beg makeup ni pula saya buat utk kakak. Bila kakak tengok beg makeup saya, dia suruh saya buatkan utknya. Dia tak nak buat letak alat2 makeup tp nak letak purse, handphone boleh bawa bila pegi jalan2.


Wednesday, December 8, 2010

Satu lagi wall hanging saya dapat siapkan. Wall hanging ni saya dapat siapkan dlm satu hari je.


Tuesday, November 23, 2010

BEG MAKE-UP


Beg kecil ini saya buat utk letak alat-alat makeup. Beg ini terhasil dgn mengikuti tutorial spaziolilla .Saya hiaskan ringkas dengan bunga reben............Beg kecil ini juga boleh digunakan untuk letak dompet, handphone, mcm2 lagi le gunanya,......

Sunday, November 14, 2010

WALL HANGING

Projek terbaru saya buat wall hanging.
Wall hanging utk bilik air bagi memudahkan tetamu yg bertandang. Wall hanging ni saya ikut tutorial Pn Ann, terima kasih buat Pn Ann sebab buat tutorial yg mudah difahami dan menarik,...




Lepas buat wall hanging utk bilik air, excited pulak utk buat satu lagi wall hanging, utk dapurku, inilah hasilnya.





Saturday, October 30, 2010

HADIAH UNTUK KAWAN












Pouch ini saya buat utk dihadiahkan kepada kawan. Gabungan bunga ros putih dan merah.....












Ini pula bunga ros pink.....

Tuesday, October 26, 2010

KOTAK TISU SULAMAN REBEN


Menyulam lai... Saya buatkan sarung kotak tisu kakak. Kotak tisu ni nak diletak dlm kereta.
Pening juga nak pikir mcmn nak buat sarung kotak ni, maklum le baru nak belajar........














Pouch ini saya buatkan utk kakak saya juga. Pasti kakak suka dgn pemberian ini,...

Monday, October 25, 2010

SULAMAN REBEN

Assalamua'laikum,
Awal bulan ini, saya belajar sulaman reben dgn Pn Ann, kedainya di Jln TAR. Saya ambik bengkel sulaman reben lanjutan utk belajar bunga ros berkelopak.


Inilah hasilnya, saya tambah ckit dengan bunga2 french knot. Saya dah pun hantar utk frame. Sebenarnya saiz kain yang Pn Ann bagi tu utk buat sarung kusyen, tapi saya nak frame, lebih tahan lama (buat kenangan).
Sekarang ni saya habiskan masa utk buat sulaman reben, lawat blog2 utk tengok peten2 yg menarik.




Lepas siapkan yang belajar dengan Pn Ann, saya buat pula bag. Seronoknya bila dapat siapkan bag tangan yang dah lama saya nak buat. Sekarang ni tengah fikir pulak apa yg saya nak buat seterusnya. Boleh dikatakan sekarang ni saya tengah gila dgn sulaman reben, heheheh...

Monday, May 10, 2010

T-SHIRT MUSLIMAH




















SAIZ T-SHIRT MUSLIMAH (DEWASA)

BAHU ; DADA


S 15" ; 37"
M 15 1/2" ; 39"
L 15 1/2" ; 41"
XL 16" ; 42 1/2"
XXL 16 1/2" ; 44"
XXXL 16 1/2" ; 45"

HARGA

RM35 : Saiz S, M, L

RM40 : Saiz XL, XXL dan XXXL



KEISTIMEWAAN T-SHIRT MUSLIMAH

Dibuat dari kain bermutu, cotton 100% ( cotton 20 )

Warna tidak turun

Tidak panas memakainya.

Tidak terlalu labuh dan tidak terlalu singkat


**UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN, SILA ISI RUANGAN DI BAWAH**




























Name:




Email Address:




Bank payment




Code / Size




Number of order




Mailing Address









Put a website form like this on your site.